11/15/2008

trademark


Mengapa ana memilih bunga mawar sebagai trademark?


ukhti...Allah menciptakan wanita dengan segala sifat kelembutan, keindahan dan kasih sayang...lantaran itu tidak hairanlah apabila wanita sering dikaitkan dengan keindahan sekuntum bunga. jadilah mawar yang indah berpagar kan duri, jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati oleh sang kumbang. lantas tercemar lah keindahan dan murah lah nilainya. duri mawar itu ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak & al-haya dengan pagaran duri itu, kilauan warna semakin memancar indah & harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang menyumbang kekaguman hati sang kumbang, hinggakan sang kumbang berfikir beberapa untuk tidak mendekatinya...itulah dia sekuntum mawar yang berpagar kan duri...wassalam

11/12/2008

anak sedara ana dah mengganas

bismillahirahmanirrahim...
assalamualaikum.
sementara duk kat rumah kakak ana ni, ana godam la internet dia. tolong jaga anak dia. kesian. dia ada problem. org baru bina hidup la katakan. ana jugakla kene tunggu giliran. projek menjahit ana memang banyak. tapi incomenya takde la seberapa sebab menjahit kat rumah je. lepasla nak bayar hutang belajar. compare dengan orang yang kerja tetap lebih terjamin kewangan dorang. itu yang ana rasalah. lain orang lain citer. ana tak sabar nak mulakan projek menjahit baju untuk anak sedara ana. oklah, my anak sedara dah nangis. jumpa lagi.

11/11/2008

Alhamdulillah ada blog sendiri

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah, pertama sekali ana nak ucapkan syukran jazilan buat insan yang banyak membantu ana dalam proses menghasilkan blog ana iaitu abang long n kaklong...akhirnya ana ada blog sendiri :) salam sejahtera buat semua. ana surfing n teruja dgn orang yang kreatif dan cekal dalam usaha memajukan diri. ana pun kena berusaha memandangkan ana belum bekerja. dah berpuluh-puluh pekerjaan ana apply tak dapat. hmm.. memang frust. tapi kalau nak ikutkan frust masuk kubur la ana. so, ana dah tekad nak guna kemahiran yang ana ada untuk jana pendapatan. alhamdulillah ana boleh menjahit, mewarisi kemahiran mak ana. nanti ana akan tunjuk hasil kerja ana. sesiapa berminat boleh hubungi ana. ok, ini aje untuk hari nie.